Cuci kereta

mencuci kerangka bawah kenderaan pacuan 4 roda dari tanah tebal berlumpur yang keras mengambil sedikit masa sekitar 20-30minit atau lebih.boleh berbaring sambil menyembur air dengan laras tajam.

memastikan sapuan berpasir tiada pada permukaan kenderaan dengan menyembur air terlebih dahulu kemudian menyapu tangan pada permukaan kereta.

semburan sabun bersalji untuk lebih berbuih dan adunkan sabun salji tidak agar tidak terlalu cair.

air dari perigi dapat menjimatkan perbelanjaan kedai cucian kereta.

cuci tempat isian petrol di bahagian dalam,bersihkan dari kotoran

cuci bahagian bawah kerangka tayar

30-40 biji kereta dan cucian bas

perlu ada syif untuk pekerja

perlu ada tempat tinggal untuk pekerja di tempat cucian kereta

pelanggan akan tiba awal menunggu di tempat cuci kereta sebelum kedai dibuka

waktu cuci kereta dibuka 8pagi sehingga 8malam ,sambung jika ada kereta datang

pelanggan ada yang datang pada waktu hujan untuk mencuci kereta

perlu ada mesin membasuh kain di tempat cuci kereta,jenis front loader

sediakan 5 meja tinggi paras pinggang , cukup lebar untuk memberus pakaian sambil berdiri dengan kepala paip dan hose terlekat disitu

perlu ada dapur untuk memasak makanan ,menggunakan kayu api dengan penyedut asap & tong gas

perlu ada bilik air yang lebar dengan bangku ,untuk menyalin pakaian yang kerap basah.

perlu ada stor untuk menyimpan barang-barang cukup luas untuk menyimpan kompressor dan mesin menyedut air dan laluan pejalan kaki yang tidak menghalang untuk masuk ke dalam hujung stor

pastikan kompressor angin tidak semput ketika menggunakannya,lagi besar lagi bagus,tutup kompressor dari terkena air hujan atau tempias

perlu ada bilik pekerja yang selesa dengan penyaman udara,televisyen,tilam dan bantal,katil,lampu,tempat mengecas elektrik,kipas,komputer yang ada permainan solitaire sementara menunggu pelanggan

tempat pelanggan berehat

vakum yang boleh menyedut air,baldi yang diisi dengan sabun dan berus sabut


cara basuh kereta :

pakai sabun snow wash,
berus sabut
chemical pink
span
pengilat tayar
wax
kain untuk mengelap kering kenderaan,jenis cepat kering

pakai selipar dan kasut getah,sarung tangan getah

cuci luar
cuci dalam
vakum
cuci luar dalam
cuci enjin
cuci luar ,dalam ,enjin
cuci bawah kerangka kereta
cuci bonet
mencuci seat
mengilatkan seat dengan pengilat pada bahagian kulit atau separuh kulit

-------------

Basuh kereta :
apabila kereta memasuki petak membasuh ,
ambil kunci,letakkan di tempat kunci
keluarkan karpet dari 4 pintu kereta,
vakum seluruh kereta
vakum dashbord
vakum odometer
vakum tempat seatbelt
vakum di sisi kerusi,tukarkan kepala vakum kepada paip jenis tirus ,mudah lentur,tajam
vakum poket belakang seat
vakum di tempat aircond
vakum air,jika terdapat air pada karpet
beruskan air,sabun,chemical pink jika terdapat kesan muntah,minyak atau gula-gula terlekat pada karpet dalam kereta
sapu rain-x pada cermin pandang belakang
lekatkan kembali soket pemanas cermin belakang jika tertanggal

lap cermin kereta dengan kain bersih di bahagian luar & dalam
celup kain dengan air,perah lebihan air,lap bahagian dalam cermin depan,cermin pandang belakang,cermin 4 pintu,cermin belakang,cermin pada odometer

lap pengilat untuk kilatkan dashboard,
lap pengilat pada tempat letak kaki dalam kereta
lap pengilat pada stering kereta
lap pengilat pada seluruh 4 panel pintu
lap pengilat pada seat kereta termasuk pada bahagian belakanag dan sisi seat
lap pengilat pada penutup kulit ,separa kulit kotak gear
lap pengilat pada tempat ruang menyimpan di celah kereta ,kecuali tempat dalam kompartment
tarik punat meninggikan stering ,merendahkan stering dan lapkan pengilat pada tempat tersembunyi tersebut di pangkal stering,kerap berhabuk dihujungnya
bersihkan dan lapkan kain dengan air pada lubang aircond untuk hilangkan habuk

kemudian ;
basuh karpet,
letak sabun atau semburan snow wash pada karpet,
berus dengan berus sabut,
letak cecair pink
keringkan di tempat sidai karpet,
pastikan tali penyidai karpet kuat untuk menyokong karpet,dan lenturan karpet
sembur dengan semburan angin untuk keringkan karpet,lihat lumpur terlekat atau tidak,
jika terdapat lumpur,berus balik dengan sabun dan chemical pink,keringkan karpet



cuci enjin :
hidupkan enjin atau matikan enjin semasa mencuci ,pastikan tiada central locking pada pintu

sebelum mencuci seluruh kereta, pastikan samada enjin kereta perlu dicuci atau tidak
jika perlu dicuci,buka enjin,tutup ecu,tcu dan sparkplag dengan plastik supaya tidak terkena semburan air
jika ada central locking,buka sedikit pintu
lekatkan kembali wayar air jika tercabut keluar dari bawah penutup enjin semasa mencuci enjin
setelah ditutup,sembur air pada bawah penutup enjin
sembur air pada penutup enjin sehingga enjin jadi betul sejuk dan tidak mengering dengan cepat,mengandungi haba panas yang boleh menyebabkan tompokan sabun
sembur snow wash pada penutup enjin
sembur chemical pink banyak di bahagian enjin saja untuk meluruhkan kotoran dan tumpahan minyak hitam.
berus dengan berus sabut seluruh enjin sehingga bersih dan hilangkan kotoran
semburkan air pada enjin
semburkan angin pada enjin untuk keringkan air terutama di bahagian sparkplug,ecu,tcu
lapkan enjin hingga kering
kilatkan enjin dengan pengilat jenis tayar,dashboard dengan span
atau semburkan dengan diesel
tutup enjin
bersihkan panel tepi dari terlekat chemical pink dengan sabun dan air
penutup bonet depan di bahagian bawah paling tajam perlu dicuci dengan berhati-hati

setelah selesai ;
tutup 4 pintu kereta
pastikan 4 cermin kereta tertutup rapat ,semburkan sedikit air pada cermin dan lihat air tembus atau tidak sebelum menyembur air,
semburkan pancutan air pada bahagian bumbung
diikuti dengan panel lain sehingga bersih
sambil bertinggung,berus sisi panel bawah kereta dengan menggunakan sabun dan berus sepanjang badan kereta untuk membuang lumpur,pasir,tanah di bahagian bawah tempat jack kereta

snow wash:
hidupkan mesin snow wash

semburkan sabun snow wash pada kenderaanlap dengan tangan,gunakan span untuk mengelap sabun
gunakan sepenuhnya sabun jenis snow wash untuk mengelap bersih kenderaan
isi sabun snow wash jika kurang
Alihkan kain pengelap dan tukarkan tangan dari masa ke semasa untuk elakkan lenguh pada tangan
sembur air & sabun pada penutup dalam minyak ,lap dengan span sabun
tutup penutup minyak yang sudah dicuci

cuci tayar :
sembur air
letak cecair pink
letak sabun
beruskan dengan berus sabut di tayar kereta
bersihkan kotoran hingga bersih kesan lumpur
sembur air

semburkan seluruh kereta dengan air bersih
pastikan penyedut air pada perigi tidak tersumbat,sentiasa tenggelam untuk kelancaran sedutan air
jika kenderaan 4x4 ,bersihkan pemijak kaki dengan cecair pink &berus sabut dan bersihkan bonet,naik atas bumbung dan lapkan sabun hingga bersih,
pastikan sabun tidak kelihatan lagi pada segenap kereta

lap dengan kain ,lebihan air pada kenderaan hingga kering
keringkan kenderaan dengan kain mengelap kereta.

lapkan cermin kereta
dengan pemberus 2 mata seperti viper ,tarik lebihan air pada cermin depan dan belakang
dan pada pemberus tersebut ada span yang diterbalikkan dicelup dengan air sabun dalam baldi sabun terus pada cermin kereta depan dan belakang.

optional :wax
lap wax pada kain dan lap seluruh kereta
tak perlu letak banyak wax kerana nanti meleleh terkena panas

optional : polish
lap polish pada kain dan lap seluruh kereta
lap lebihan polish dari terkena cermin kereta

semburkan angin pada 4 tayar kereta untuk keringkan air
ambil span
tuangkan cecair pengilat tayar
lapkan pada sisi 4 tayar kereta dan jika ada tayar simpanan di belakang kereta atau di dalam bonet
perhatikan cecair pengilat samada terpalit kotor atau tidak
jika kotor pada sapuan cecair pengilat,bersihkan span kereta dengan sabun dan letak cecair pengilat tayar
ulang proses,lapkan sisi tayar hingga nampak berkilat
pastikan tayar kering agar pasir tidak terlekat ketika kereta keluar

cuci bawah kerangka kereta
letakkan kereta pada petak ramp
ambil hose snow wash
sembur sabun snow wash
tukarkan penyembur angin ke cannister berisi chemical pink dan sembur di bawah kerangka kereta
beruskan dengan berus sabut hingga bersih kotoran,tumpahan minyak hitam yang keluar dari gasket
semburkan air
semburkan angin untuk membilas




--------------


Cuci lori

cuci enjin lori
buka penutup enjin lori
tutup penutup spark plug dengan plastik
sembur air sehingga enjin sejuk
sembur dengan cecair pink dan sabun
berus dengan tangan guna berus sabut pada enjin sehingga bersih
sembur dengan air sehingga bersih
semburkan angin
buka penutup plastik
kilatkan pengilat pada enjin lori


cuci badan lori
gunakan baldi yang diisi dengan sabun ,chemical pink dan berus sabut,span dan pemberus jenis penyapu yang dicelup dalam sabun
sembur air menggunakan semburan berkompressor pada seluruh lori
berus badan lori dengan penyapu dicelup dengan cecair sabun
lap dengan span untuk hilangkan kekotoran,terutama di bahagian berskru
berus dengan berus sabut dicelup dengan sabun ,chemical pink
semburkan dengan air pada bahagian papan lori
berus papan lori sehingga bersih
berus bahagian bawah lori bersih dari kotoran,tanah terlekat dan sebagainya
semburkan air,buangkan sabun dari badan lori
keringkan badan lori dan kepala lori dengan kain 

cuci kepala lori
semburkan air pada bahagian dalam lori terutama di bawah karpet plastik penutup enjin
berus dengan sabun sehingga bersih
semburkan dengan angin
lap dengan kain sehingga kering
lap cermin lori sehingga hilang kesan cap jari
lap meter lori
lap belakang cermin kepala lori di kawasan gerigi besi
kilatkan dashboard
kilatkan kerusi lori dengan pengilat

cuci paip ekzos lori
hidupkan enjin lori,masukkan pancuran air pada ekzos lori sehingga air melimpah keluar
ketika enjin lori masih hidup,tekan pedal minyak lori supaya air keluar daripada ekzos
ulang sehingga asap lori menjadi bersih

-----------

cuci van
bersihkan bahagian dalam van dengan berus sabun
berus tempat membuka pintu van,dicelahnya bawahnya terdapat sampah atau kotoran,minyak
lap dengan span bersabun
berus dengan penyapu dicelup dengan sabun dan chemical pink dalam van
lap cermin van dengan kain
kilatkan dashboard dalam van dengan pengilat
bilas dengan semburan air sehingga bersih
kilatkan cermin pandang belakang blind spot dan sapu rain x pada cermin belakang untuk mengundurkan kereta


gulungkan hos air selepas menggunakannya untuk mengelakkan pintalan , terpijak ,ianya boleh mengakibatkan hos atau gulungan hos air pecah.letakkan kepala hos air di tempatnya,jika tidak ianya akan melambung akibat tekanan air ,dan gulungkan hos paip snow wash di tempat berasingan supaya memudahkan semburan di waktu berasingan .

bersihkan peralatan seperti muncung pada cannister penyembur cecair pink dengan menggunakan semburan air dengan cara mencelupkan dalam tangki air dan tekan untuk keluarkan air jika tersumbat.

mesin pam air akan kerap mengalami kerosakan fius apabila sampai masanya,jadi sediakan bekalan fius sebagai pengganti.  

gunakan tangan kanan untuk memegang span,memberus & mencuci dan alihkan tangan ketika betul-betul lenguh ke tangan kiri pula ketika kereta datang bertalu-talu tanpa henti,untuk merehatkan tangan.














































Comments

Popular Posts